Homepage
11 Januari 2021 2024-11-18 15:03Homepage
pada masa yang sama mewujudkan impak sosial yang positif dengan meningkatkan taraf sosio-ekonomi mereka.
PLATFORM KHAS
Untuk memperkasa kemahiran jahitan komuniti dimana saja berada hanya dihujung jari yang bertunjangkan INOVASI
⭐⭐⭐⭐⭐ Lebih 500+ Pelajar
IMPAK Positif Kami
Merevolusikan sistem pendidikan berasaskan kemahiran yang menggunakan inovasi sebagai tunjang utama
KOMUNITI B40 BERKEMAHIRAN
TENAGA PENGAJAR KOMUNITI
PRODUK KOMUNITI
KELAS ONLINE DAN OFFLINE BERSEPADU
PENJANAAN PENDAPATAN
CIPTAAN PELUANG PEKERJAAN
Kenapa Perlu Pilih MyKREASI ?
MyKREASI adalah satu platform yang PERTAMA di Malaysia
yang memperkasakan komuniti dengan memberikan latihan kemahiran jahitan dan peluang pekerjaan kepada kumpulan sasar
dan dalam masa yang sama memberi impak sosial yang positif
dengan meningkatkan status sosio-ekonomi mereka dengan menggunakan INOVASI sebagai tunjang utama.
Mykreasi membantu meningkatkan pendapatan komuniti marginal serta mengurangkan kemiskinan di negara ini.
- Kemahiran berteraskan Inovasi sebagai tunjang utama untuk memperkasakan komuniti yang layak
- Bimbingan daripada tenaga mahir yang terlatih dan mahir dalam bidang kemahiran
- Membantu meningkatkan pendapatan komuniti marginal serta mengurangkan kemiskinan di negara ini dengan memberi peluang pekerjaan
- Peserta akan diberi sijil penyertaan selepas tamat latihan ini
Kumpulan Sasar MyKREASI ?
Inisiatif MyKREASI adalah mencapai dan melahirkan “Generasi Seterusnya ” daripada kalangan komuniti MALAYSIA yang memang memerlukan.
- Ibu tunggal / ayah tunggal
- Pendapatan isi rumah kurang daripada RM 3,500 sebulan
- Tukang Jahit
- Penggemar kemahiran jahitan tangan
- Individu yang mempunyai kekurangan jangka panjang dari segi fizikal, intelektual atau deria yang apabila berinteraksi dengan pelbagai halangan
- Pelajar yang keciciran akademi
- Penganggur
Ciri-Ciri Pendekatan Holistik Kami
Terapan pembelajaran holistik yang bertujuan melahirkan masyarakat yang maju dan berjaya
LATIHAN KEMAHIRAN
Kami menyediakan latihan kemahiran tangan seperti jahitan untuk memperkasakan benefisiari kami tidak kira dimana berada secara online dan offline. Untuk melahirkan benefisiari kami yang berkualiti kami memberi pensijilan yang komprehensif dengan kemahiran yang diperlukan untuk mencipta produk berkualiti tinggi.
LATIHAN KEUSAHAWANAN
Kami juga menyediakan latihan ASAS KEUSAHAWANAN untuk persediaan sebenar mereka menghadapi pengurusan perniagaan dengan betul dan berkualiti.
PELUANG PEKERJAAN
Kami juga memberi pendedahan kepada mereka yang layak untuk meningkatan kemahiran mereka dalam bidang sebagai seorang pelatih yang terlatih. Disini peluang pekerjaan yang kami cipta buat mereka sebagai tenaga mahir komuniti.
JUALAN DAN PEMASARAN
Kami membantu benefisiari kami menjangkau pelanggan dan mendapatkan pesanan dengan menggunakan platform E-COMMERCE mykreasi kami. Selain daripada itu kami juga menggunakan kepakaran kami untuk pemasaran serta memastikan aliran perniagaan mereka konsisten.
PENDAPATAN MAMPAN
Visi dan misi kami bersesuaian dengan matlamat kami membantu benefisiari untuk mendapat sumber pendapatan yang stabil supaya mereka mendapat pendapatan yang mampan.
Impak Sosial Yang Selari Dengan Matlamat Dari
"Sustainable Development Goals" (SDG) :
SDG 1
Tiada Kemiskinan
SDG 4
Pendidikan Yang Berkualiti
SDG 8
Decent Work and
Kerja Yang Baik Dan Pertumbuhan Ekonomi
Soalan Lazim
Bagaimana menjadi Ahli MyKreasi ?
Anda boleh mendaftar sebagai ahli perseorangan myKREASI secara PERCUMA
dan melanggan kelas kemahiran yang dikehendaki.
Jika anda dari golongan B40 komuniti,
anda boleh mendaftar sebagai peserta MyKREASI Community
sekiranya anda menepati syarat yang dikehendaki.
Dimanakah saya harus mendaftar jika saya Kategori B40 komuniti?
- Daftar sebagai pelajar dibahagian menu Daftar MyKREASI komuniti B40
- Boleh bermula dengan kelas jahitan PERCUMA disediakan untuk anda memahami kelas yang ditawarkan oleh bimbingan tenaga pengajar yang mahir.
- Pastikan anda memberi fokus yang tinggi semasa menyertai kelas jahitan yang dipilih.
Bagaimana saya hendak bermula?
- Daftar sebagai pelajar MyKreasi.
- Boleh bermula dengan kelas jahitan PERCUMA disediakan untuk anda memahami kelas yang ditawarkan oleh bimbingan tenaga pengajar yang mahir.
- Pastikan anda memberi fokus yang tinggi semasa menyertai kelas jahitan yang dipilih.
Apa yang perlu saya sediakan?
- Mempunyai akses rangkaian internet yang bersesuaian dengan keadaan anda.
- Sediakan azam diri yang kuat serta minat yang tinggi untuk mendalami ilmu kemahiran.
Apakah ada bantuan yang diberikan kepada Pelajar dari B40 Komuniti?
- YA, kami ada menyediakan bantuan kepada B40 komuniti yang ingin belajar kemahiran mengikut kelayakkan yang telah ditetapkan.
Bagaimana untuk menjadi tenaga pengajar?
- Anda boleh mendaftar sebagai Tenaga pengajar diruang menu “Tentang kami” mengikut terma dan syarat yang telah ditetapkan.
- Anda berpeluang menjadi tenaga pengajar kami setelah anda tamat menjadi pelajar kami mengikut kelayakkan yang telah ditetapkan.
Apakah hanya ada kelas kemahiran tangan sahaja?
- TIDAK, kami juga menyediakan kelas keusahawanan dengan harga mampu milik.
Adakah mykreasi mempunyai pusat latihan?
- Ya, ada
- Anda boleh ke RuangKreasi yang berlokasi di Shah Alam, Selangor.
- Anda boleh google map lokasi kami.
- Pusat latihan kami Ruangkreasi berhampiran dengan pengangkutan awam MRT Kampung Selamat
Dipaparkan :
Pelanggan Korporat Kami : :
Apa kata MyKreasi Komuniti Kami ?
Testimoni dari Komuniti MyKreasi
Dapat membantu keluarga
Puan Fazilah
Sangat profesional
Puan Fauzan
Memberi inspirasi untuk perniagaan saya
Puan Shila
Kualiti pembelajaran terbaik
Encik Abu
Meringankan beban suami
Puan Nasriza
Jenama Komuniti yang Berkembang
BE BOLD BE CREATIVE
LUQQIS by Fatin
LUQQIS by Fatin dikendali dan dilancarkan oleh Cik Fatin Syahirah yang merupakan seorang tenaga pengajar mahir di RuangKreasi dan juga seorang Sukses Tailor SME 1.0 dibawah D'Athirah Sewing Academy. Produk LUQQIS berasaskan upcycle produk daripada kain buangan dari teknik drapping yang digunakan ketika rekaan fesyen. Produk LUQQIS by Fatin merupakan satu produk untuk mengurangkan dan mengubah suatu barang yang tidak lagi digunakan ke sebuah produk yang baharu, berkualiti, dan bernilai.
MAGiC SLEEVES by Harashee
MAGiC SLEEVES by Harashee MAGiC SLEEVES by Harashee MAGiC SLEEVES by Harashee adalah sebuah produk yang dihasilkan oleh Cik Siti Maisarah yang merupakan seorang tenaga pengajar mahir di RuangKreasi. MAGiC SLEEVES adalah lengan baju yang boleh digayakan dengan pelbagai jenis pakaian yang berbeza. MAGiC SLEEVES ini terhasil daripada lebihan ataupun kain langsir yang terpakai yang lebih fokus kepada kain jenis voile dan lutsinar. Inovasi ini adalah penyelesaian yang pantas untuk kelihatan lebih menarik kerana MAGiC SLEEVES menggunakan konsep "Button and Wear". Lengan ini akan membuat pakaian anda lebih menarik dan dapat mengikut majlis yang bersesuaian mengikut MAGiC SLEEVES pilihan anda.
BOSS CADAR
BOSS CADAR ialah produk cadar yang dihasilkan oleh Encik Abu Bakar yang merupakan seorang Tenaga Pengajar Komuniti di RuangKreasi. Encik Abu telah memulakan perniagaan cadarnya lebih awal tetapi dijenamakan semula kepada BOSS Cadar selepas beliau menyertai Sukses Tailor SME 2.0 di bawah D'Athirah Academy. Dan kemudian menjadi komuniti di RuangKreasi dengan mempelajari bidang Alteration. BOSS Cadar menjadi lebih tersusun dan mampu menawarkan perkhidmatan baharu dengan panduan D'Athirah Academy dan RuangKreasi. Selepas beberapa bulan menjalani latihan di bawah RuangKreasi, Encik Abu dilantik sebagai pengajar komuniti sebagai Alteration Expert.
SIPiNTAL Craft
SIPiNTAL Craft diurus dan dilancarkan oleh Puan Rafidah Rosli, salah seorang komuniti RuangKreasi kami dari sesi 3. Puan Rafidah menyertai kelas kraftangan kami lewat sedikit iaitu pada pertengahan Februari manakala yang lain datang pada awal Februari. Tetapi dia sangat pantas mengejar dan menunjukkan hasil yang hebat. Dia juga terus menyertai kelas kami untuk sesi 4 mengenai mainan lembut plushie dan sesi 5 mengenai seni kawat bulu. Seiring dengan kemajuan dalam sesi 5, dia memutuskan untuk turut melancarkan jenamanya iaitu SIPiNTAL Craft yang menghasilkan produk sebagai bunga daripada seni kawa bulu, kraftangan dan pakaian.
Tahniah! Komuniti yang Berjaya Menjadi
Tenaga Pengajar Komuniti
Cikgu Abu
Cikgu Aida
Cikgu Nas
Lebih dari 100 jenis produk jualan
Inovasi Kemahiran dan Produk Komuniti
Membuka ruang dan peluang kepada komuniti untuk mendapat bahan berkaitan kemahiran dengan mudah.
60 MINIT RAHSIA UTAMA didedahkan
untuk menguasai KEMAHIRAN JAHITAN
Kemahiran Jahitan Menjadi mudah dengan INOVASI kami
D’ ATHIRAH MAGIC RULER
Pembaris Pola Ajaib
Pola Pakaian Wanita
PEMBARIS AJAIB MELUKIS POLA D’ATHIRAH MAGIC RULER telah mendapat banyak pengiktirafan seperti :