Lokasi : RuangKreasi, R-2-5 D'Sara Sentral Jalan Welfare Kampung Baru Sungai Buloh, Seksyen U19, 40160 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan
Objektif Aktiviti : 1. Mempelajari asas mengait crochet dengan Cikgu Fatin
2. Selepas faham asas mengait, belajar mengait crochet minibag
3. Mengait crochet minibag sehingga siap dengan baik dan cantik
Butiran Aktiviti : Kelas mengait crochet minibag ini menjadi sangat menarik dengan kehadiran seorang pemuda dan pemudi yang berbakat dalam bidang cosplay. Cikgu Fatin memulakan kelas dengan mengajar asas mengait crochet dan sedikit pengetahuan asas mengenai crochet. Selepas mereka berdua mahir dengan asas, Cikgu Fatin meneruskan kelas dengan langkah seterusnya iaitu mengait crochet minibag. Proses pembelajaran kelas ini menjadi menarik kerana cosplayer ini banyak menceritakan pengalaman mereka bercosplay. Selalunya mereka berdua akan bercosplay dengan watak anime kegemaran mereka. Sedar tak sedar kelas pun dihujung waktu dan crochet minibag mereka juga sudah siap dengan cantik, kemas, dan pilihan warna yang kreatif antara warna pink dan baby blue.