International Women’s Day 2024
Hari Wanita Antarabangsa 2024
Hari Wanita Antarabangsa, disambut pada 8 Mac setiap tahun, adalah hari yang diraikan untuk menghormati pencapaian wanita di seluruh dunia dan mengiktiraf perjuangan mereka dalam mencapai kesamarataan. Pada tahun 2024, Hari Wanita Antarabangsa memilih "WANITA DIJULANG NEGARA GEMILANG" sebagai tema bagi mengiktiraf peranan wanita dalam pembangunan negara. Sambutan ini menggalakkan masyarakat untuk menghargai peranan penting wanita dalam setiap aspek kehidupan, sama ada dalam keluarga, kerjaya, atau komuniti.
Sambutan Hari Wanita Antarabangsa 2024 disempurnakan dan dirasmikan oleh YAB Dato' Seri Anwar Bin Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia dan turut bersama YB Dato' Sri Hajah Nancy Binti Shukri, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga, dan Masyarakat. Sambutan pada tahun 2024 ini bertempat di Sunway Pyramid Convention Centre. Terdapat banyak aktiviti yang telah dijalankan disana seperti Penerangan CEDAW, Advokasi Antigangguan Sosial, Demo Pertahanan Diri, Forum Wanita Aspirasi Madani, Bicara Toleransi Keganasan Terhadap Wanita, Pameran dan Sesi Penerangan Bersama NGO Wanita, Perkongsian Ilmu dari Usahawan Wanita yang berjaya, Khidmat Nasihat Kewangan dan banyak lagi.
Pihak Superb Innovative Skills telah dijemput oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga, dan Masyarakat untuk membuka "booth" untuk mempromosikan Kreasi dan D'Athirah Magic Ruler (DMR). Dengan peluang yang diberi, pihak kami mempromosikan kepada YAB Dato' Seri Anwar Bin Ibrahim, Dato' Seri Wan Azizah Wan Ismail, YB Dato' Sri Hajah Nancy Binti Shukri, dan orang ramai tentang kelebihan produk inovasi DMR dan profil komuniti Kreasi serta produk yang dihasilkan oleh mereka. Promosi seperti ini mengharapkan dapat membantu lebih ramai lagi komuniti di luar sana.