Objektif Aktiviti : 1. Untuk memperkenalkan D'Athirah Magic Ruler (DMR) kepada orang ramai
2. Untuk memperkenalkan bagaimana D'Athirah Magic Ruler (DMR) membantu Komuniti B40, Tukang Jahit, Orang Kurang Upaya dan Belia
3. Memperkenalkan Program Skill For Impact
Butiran Aktiviti : Pameran di MCY Summit 2024 hari pertama bermula pada 9:00 AM dan berakhir pada 5:00 PM. Pameran bermula dengan kunjungan yang agak ramai tetapi staff kami hebat dalam mengendalikannya semasa memperkenalkan inovasi D'Athirah Magic Ruler. Ramai orang datang ke booth kami untuk mengetahui tentang Pembaris Ajaib D'Athirah dan akhirnya membuat jualan pada Magic Ruler itu. Kami juga memperkenalkan Program Skill For Impact iaitu program mengenai sumbangan dan sokongan kepada Skill For Impact Box untuk membantu Komuniti B40 menjana pendapatan sampingan dengan menerima kotak isi bahan untuk menjahit pakaian.