Lokasi : RuangKreasi, R-2-5 D'Sara Sentral Jalan Welfare Kampung Baru Sungai Buloh, Seksyen U19, 40160 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan
Objektif Aktiviti : 1. Jahit Petite Bag
Butiran Aktiviti : Pada 24 Julai Cikgu Safwa telah membuat Kelas Kraftangan Beg Modul 2; sub modul 2.2 Petite Bag. Kelas pada hari tersebut sangat meriah kerana dihadiri oleh kebanyakan komuniti Ruangkreasi sesi 5 Kraftangan Beg iaitu Puan Kar Yeng, Puan Aiza, Puan Siti Fatimah, dan Puan Suhaini. Mereka semua melakukan kerja yang hebat dalam menjahit beg kecil itu kerana mereka telah berjaya menjahit lebih awal daripada yang dijangkakan. Kemahiran komuniti ini telah banyak meningkat dalam menjahit beg kecil itu tidak kira sama ada mereka mempunyai asas dalam jahitan atau tidak. Kelas berjalan dengan lancar dan mereka semua sangat gembira dan sangat berpuas hati dengan hasil kerja mereka.