Lokasi : RuangKreasi, R-2-5 D'Sara Sentral Jalan Welfare Kampung Baru Sungai Buloh, Seksyen U19, 40160 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan
Objektif Aktiviti : 1. Mempelajari asas menjahit dan penggunaan mesin jahit.
2. Melukis pola Baju Kurung Kedah menggunakan DMR13.
3. Melakar pola pada kertas dan kain.
4. Memotong kain.
5. Menanda dan menyalin pola.
Butiran Aktiviti : Puan Aisyah telah menempah kelas Baju Kurung Kedah selama dua hari pada 25 dan 26 Oktober 2024. Kelas persendirian ini dikendalikan oleh Cikgu Mai, iaitu tenaga pengajar di RuangKREASI. Memandangkan Puan Aisyah tidak mempunyai asas dalam bidang jahitan, kelas dimulakan dengan pengenalan asas jahitan dan penggunaan mesin jahit. Cikgu Mai menerangkan kepada Puan Aisyah mengenai setiap komponen mesin jahit serta fungsinya. Seterusnya, Puan Aisyah mula belajar menjahit dengan latihan asas di atas kertas yang telah dilukis garisan seperti garis lurus, zig-zag, lengkung, bulatan, segi empat dan pelbagai bentuk lain bagi melatih kawalan jahitan. Kemudian, Cikgu Mai memperkenalkan D’Athirah Magic Ruler 13 (DMR13), iaitu pembaris khas yang membantu memudahkan serta mempercepatkan proses melukis pola Baju Kurung Kedah di atas kertas. Selepas itu, Puan Aisyah memotong kertas mengikut pola yang telah dibuat dan seterusnya menanda serta memindahkan pola tersebut ke atas kain untuk proses jahitan seterusnya.