Lokasi : RuangKreasi, R-2-5 D'Sara Sentral Jalan Welfare Kampung Baru Sungai Buloh, Seksyen U19, 40160 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.
Objektif Aktiviti : 1. Meneruskan kerjasama dengan komuniti lain
2. Menjahit Bak Chang Pouch
3. Menjahit Pemegang Cawan
Butiran Aktiviti : Hari Craft Production telah dijalankan pada 24 Oktober 2024, di mana tugasan komuniti adalah menjahit Bak Chang Pouch dan Cup Holder. Komuniti yang terlibat merupakan daripada organisasi lain yang telah menjalinkan kerjasama dengan RuangKREASI hampir setahun. Komuniti ini juga terdiri daripada golongan B40 dan sedang mengikuti pembelajaran jahitan di Galaxy Mall, Ampang. Program ini dijalankan pada hari cuti kelas mereka dan dimulakan dengan taklimat daripada pengasas kami, Puan Athirah, mengenai perjalanan aktiviti sepanjang hari tersebut. Tenaga pengajar RuangKREASI yang ditugaskan bagi Craft Production Day ini ialah Cikgu Mai dan Cikgu Fatin. Mereka telah membimbing komuniti secara langkah demi langkah dalam menjahit Bak Chang Pouch dan Cup Holder. Pada akhir hari, semua peserta berjaya menyiapkan satu Bak Chang Pouch dan satu Cup Holder masing-masing. Hasil penghasilan ini mendapat sambutan yang sangat positif kerana para peserta berpuas hati dengan hasil kerja kraftangan mereka.