Lokasi : RuangKreasi, R-2-5 D'Sara Sentral Jalan Welfare Kampung Baru Sungai Buloh, Seksyen U19, 40160 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan
Objektif Aktiviti : 1. Kemasan terakhir untuk semua bunga dari Modul 1 hingga Modul 4
2. Membuat Bunga Matahari
Butiran Aktiviti : Pada hari Khamis ini, 8 Ogos 2024, Cikgu Fatin yang merupakan tenaga pengajar RuangKreasi yang ditugaskan untuk kelas Seni Kawat Bulu mengajar Komuniti RuangKreasi Batch 5 tentang cara melakukan kemasan terakhir pada kawat bulu bunga bagi memastikan ia sentiasa segar dan cantik. Cikgu Fatin mengajar mereka cara mengemas dan mencantikkan bunga dari hujung ke hujung. Selain itu, Cikgu Fatin juga memberi pengajaran bonus kepada komuniti iaitu Bunga Matahari. Komuniti RuangKreasi dapat membuat bunga matahari jenis besar dan kecil.