Lokasi : RuangKreasi, R-2-5 D'Sara Sentral Jalan Welfare Kampung Baru Sungai Buloh, Seksyen U19, 40160 Shah Alam, Selangor
Objektif Aktiviti : 1. Mempelajari asas mengait crochet dengan Cikgu Fatin
2. Selepas faham asas mengait, belajar mengait crochet bag
3. Mengait crochet bag sehingga siap bersama Cikgu Fatin
Butiran Aktiviti : Abang Zaidi memulakan sesi pembelajaran asas mengait crochet dengan tunjuk ajar dari Cikgu Fatin yang mempunyai kemahiran yang tinggi dalam bidang crochet. Selepas Abang Zaidi faham dan berpuas hati dengan kemahiran asas crochet, Cikgu Fatin mula mengajar langkah langkah untuk mengait crochet bag. Abang Zaidi sangat tekun dan berusaha untuk mengait crochet bag sehingga siap. Puan Zana turut menyokong Abang Zaidi dengan mengait crochet bag bersama sama Abang Zaidi. Puan Athirah juga membantu Abang Zaidi secara silingan dari Cikgu Fatin untuk menyiapkan crochet bag nya. Selepas beberapa jam, crochet bag hijau yang cantik telah berjaya siap dikait oleh Abang Zaidi