Lokasi : RuangKreasi, R-2-5 D'Sara Sentral Jalan Welfare Kampung Baru Sungai Buloh, Seksyen U19, 40160 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan
Objektif Aktiviti : 1. Mengenal bahan seni tie & dye
2. Mengendali pewarna dye
3. Penyediaan seni tie & dye
4. Teknik lipatan asas tie & dye (Spiral)
Butiran Aktiviti : Kelas pertama pada bulan Mei untuk tie & dye ini telah berjalan dengan baik, lancar, serta teratur. Langkah langkah keselamatan telah dilakukan dengan lebih awal sebelum kelas bermula bagi memastikan kelas berjalan dengan selamat. Kelas bermula dengan Cikgu Fatin menerangkan tentang asas penyediaan dan pengendalian tie & dye iaitu bagaimana untuk menyedia dan mengendali seni tie & dye dengan betul dan langkah keselamatan yang perlu diambil semasa membuat seni tie & dye. Selepas itu, kelas diteruskan dengan pembelajaran dalam Modul 2, iaitu Teknik Asas Lipatan Tie & Dye (Spiral). Kelas ditamatkan dengan beberapa lipatan tie & dye spiral yang cantik dan berwarna warni.