Lokasi : RuangKreasi, R-2-5 D'Sara Sentral Jalan Welfare Kampung Baru Sungai Buloh, Seksyen U19, 40160 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan
Objektif Aktiviti : 1. Mempelajar asas mengait crochet handbag
2. Selepas habis silibus asas, mula belajar langkah mengait yang lebih mencabar
3. Mengait sebuah crochet handbag dengan kemahiran yang tela
Butiran Aktiviti : Dua beradik ini sangat bersemangat untuk mempelajari kemahiran mengait crochet walaupun di usia yang sangat muda. Kelas bermula dengan Puan Athirah mengajar mereka asas untuk mengait crochet sambil dibantu oleh Cikgu Fatin. Mereka mengambil masa sehingga sehari untuk mereka betul betul memahami asas mengait dengan sempurna kerana kemahiran ini sangat baru dan asing untuk mereka. Pada hari esoknya, Puan Athirah mengajar mereka cara untuk menjahit crochet handbag kerana mereka sudah mempunyai asas yang kuat dalam mengait crochet. Selepas beberapa jam, dua beradik ini berjaya menyiapkan 2 crochet handbag yang berwarna pink dan kuning yang sangat cantik dan kemas.