Lokasi : RuangKreasi, R-2-5 D'Sara Sentral Jalan Welfare Kampung Baru Sungai Buloh, Seksyen U19, 40160 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan
Objektif Aktiviti : 1. Menjahit soft toys plushie angsa
2. Saiz plushie angsa yang berbeza
3. Menjahit angsa yang berlainan warna
Butiran Aktiviti : Pada 5 Jun 2024, Kelas Plushie Angsa telah dihadiri oleh 3 komuniti ruangkreasi iaitu Puan Mastura, Puan Faridah, dan Puan Zubidah. Kelas bermula pada jam 10:00 pagi dan berakhir pada 5:00 petang. Puan Mastura memilih untuk menjahit plushie angsanya yang bersaiz kecil dengan katik batik berwarna hijau dan kain berwarna kelabu untuk paruh, kaki, dan sayap angsa tersebut. Manakala Puan Faridah menjahit plushie angsanya yang bersaiz original iaitu saiz besar dengan kain berwarna putih dan oren mengekalkan warna asli seekor angsa. Akhir sekali, Puan Zubidah yang menjahit plushie angsanya yang besar dengan menggunakan kain batik viral bercorak abstrak yang berwarna hitam merah dan kain belacu putih.