Lokasi : RuangKreasi, R-2-5 D'Sara Sentral Jalan Welfare Kampung Baru Sungai Buloh, Seksyen U19, 40160 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan
Objektif Aktiviti : 1. Menjahit sembat pada kaki angsa 1
2. Memasukkan fiber pada sayap angsa 2
3. Menjahit sayap pada badan angsa 2
4. Memasukkan fiber pada angsa 2
5. Menjahit sembat pada angsa 2
Butiran Aktiviti : Kelas Soft Toys Plushie Angsa pada 12 Jun 2024 dihadiri oleh Puan MH Faridah yang merupakan komuniti ruangkreasi sesi 4 kategori Soft Toys Plushie. Kelas berlangsung seperti biasa walaupun Craft Production Day telah berlangsung pada hari dan tempat yang sama. Puan MH Faridah menyambung kerja jahitannya iaitu menjahit sembat pada kaki angsa untuk menampakkan seperti kaki angsa selepas memasukkan fiber pada kaki angsa pada kelas yang lepas dan terhasillah seekor angsa yang cantik yang berwarna putih dan oren. Selepas itu, Puan MH Faridah memulakan jahitan untuk angsanya yang kedua. Selepas menjahit angsa mengikut pola angsa, Puan MH Faridah memasukkan sedikit fibre ke dalam sayap angsa sekaligus menjahit sayap pada badan angsa tersebut. Kemudian, memasukkan fiber ke dalam badan dan kaki angsa dan menutup lubang tersebut dengan jahitan sembat.