Kelas Soft Toys Arnab

Komuniti : B40, RuangKreasi

Tarikh : 23/05/2024

Lokasi :
RuangKreasi, R-2-5 D'Sara Sentral Jalan Welfare Kampung Baru Sungai Buloh, Seksyen U19, 40160 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan

Objektif Aktiviti :
1. Menyediakan pola arnab, menanda pola arnab pada kain, memotong kain mengikut pola
2. Menjahit kain mengikut pola arnab
3. Memasukkan fiber ke dalam badan, kaki, ekor, kepala, dan telinga arnab
4. Membuat jahitan sembat untuk menutup lubang memasukkan fiber dan untuk mencantumkan anggota badan arnab
5. Menampal mata dan hidung arnab

IMG_7722
IMG_7782
IMG_7724
IMG_7765

Butiran Aktiviti :
Kelas Soft Toys Plushie berjalan seperti biasa pada minggu ini dengan modul haiwan seterusnya iaitu Arnab dan dihadiri oleh Puan Faridah dan Puan Mastura. Modul Arnab mempunyai sedikit cara menjahit yang berbeza kerana mempunyai beberapa bahagian yang perlu dijahit secara berasingan. Cikgu Fatin yang merupakan Tenaga Pengajar pada hari tersebut mengajar Puan Faridah dan Puan Mastura secara terperinci dengan cara yang betul dan pantas. Kelas berjalan dengan lancar dan pantas kerana Puan Faridah dan Puan Mastura dapat meyiapkan seekor plushie arnab yang sempurna dan cantik pada hari tersebut.

ms_MYBahasa Melayu

Anda seorang
ibu bapa tunggal ?
a student ? underprivileged community ?

Ingin membina
kemahiran baru atau
menjana pendapatan tambahan ?

Komuniti Rakan KREASI B40 menawarkan anda cara dan sokongan untuk berjaya!