Lokasi : RuangKreasi, R-2-5 D'Sara Sentral Jalan Welfare Kampung Baru Sungai Buloh, Seksyen U19, 40160 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan
Objektif Aktiviti : 1. Puan Asmah - Menjahit Ikan Paus
2. Puan Zubidah - Menjahit Angsa
3. Puan Mastura - Menjahit Cuddle Toys
Butiran Aktiviti : Kelas Soft Toys Plushie pada hari khamis, 6 Jun 2024 ini dihadiri oleh Puan Asmah, Puan Zubidah, dan Puan Mastura. Kelas yang dikendalikan oleh Cikgu Mai ini bermula pada 10:00 pagi dan berakhir pada 5:00 petang. Puan Asmah baru bermula menjahit plushie ikan pausnya dengan menggunakan kain Hello Kitty berwarna biru, dan hanya sempat menyiapkannya sehingga sub-modul 3 iaitu memasukkan fibre. Sub-modul seterusnya iaitu Menjahit Sembat akan disambung pada hari kemudian. Manakala Puan Zubidah menggunakan kain batik viral yang digunakannya pada hari semalamnya iaitu kain batik corak abstrak dan menyambung hasil kerja yang tidak sempat disiapkan pada hari semalam. Puan Mastura pula baru memulakan prosesnya untuk menjahit Cuddle Toys dimana proses menanda dan memotong kain mengikut pola. Puan Mastura telah menyiapkan Cuddle Toys sehingga ke sub-modul 3 juga iaitu memasukkan fibre ke dalam plushie.