Kelas Sulaman Filling Stitch

Komuniti : B40, RuangKreasi

Tarikh : 12/06/2024

Lokasi :
RuangKreasi, R-2-5 D'Sara Sentral Jalan Welfare Kampung Baru Sungai Buloh, Seksyen U19, 40160 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan

Objektif Aktiviti :
1. Set kit Sulaman Bunga
2. Sulaman Brick Stitch
3. Sulaman Buttonhole Stitch
4. Sulaman Plain Stitch
5. Sulaman Jacobean Stitch
6. Sulaman Darning Stitch

IMG_9150
IMG_9140
IMG_9147
IMG_9222
IMG_9214
IMG_9229
IMG_9226
IMG_9232

Butiran Aktiviti :
Kelas Sulaman Tangan pada 12 Jun 2024 dimulakan dengan set kit sulaman bunga oleh Puan Siti Badariah yang dipimpin oleh Cikgu Safwa. Set kit sulaman bunga itu mengambil masa yang agak lama kerana sulaman bunga itu bersaiz kecil dan memerlukan ketelitian yang banyak semasa menyulam. Puan Siti Badariah berjaya menyulam kit tersebut dengan sangat baik dan cantik walaupun mengambil masa yang lama. Set kit ini juga bertindak sebagai ujian untuk komuniti ruangkreasi kita selepas selesai Modul Sulaman Tangan yang kedua iaitu Sulaman Bunga. Selepas menjahit set kit sulaman bunga, Puan Siti Badariah memulakan kelas Sulaman Tangan Modul 3 : Bahagian 1 iaitu Sulaman Filling Stitch. Objektif pada hari ini adalah untuk menyiapkan semua Modul 3 Bahagian 1 iaitu Sulaman Brick Stitch, Buttonhole Stitch, Plain Stitch, Jacobean Stitch, dan Darning Stitch. Akan tetapi hanya mampu menyiapkan sulaman sub-modul yang pertama iaitu Sulaman Brick Stitch. Kelas bersambung pada hari yang berikutnya.

ms_MYBahasa Melayu

Anda seorang
ibu bapa tunggal ?
a student ? underprivileged community ?

Ingin membina
kemahiran baru atau
menjana pendapatan tambahan ?

Komuniti Rakan KREASI B40 menawarkan anda cara dan sokongan untuk berjaya!