Lokasi : RuangKreasi, R-2-5 D'Sara Sentral Jalan Welfare Kampung Baru Sungai Buloh, Seksyen U19, 40160 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan
Objektif Aktiviti : 1. Mengambil bahan untuk Modul 3 : Bahagian 1 & 2
2. Mempelajari asas Sulaman Filling Stitch
Butiran Aktiviti : Kelas Sulaman Filling Stitch Modul 3 : Bahagian 1 pada 13 Jun ini hanyalah kelas yang santai dan tidak mengambil masa yang lama kerana Puan Feonaaz adalah merupakan komuniti RuangKreasi yang mengambil kelas sulaman secara online. Kehadiran Puan Feonaaz pada hari tersebut adalah untuk mengambil bahan seperti kain belacu, benang sulam, dan templat untuk sulaman modul 3 kerana sudah selesai menyiapkan sulaman modul 2. Disamping mengambil bahan sulaman, Puan Feonaaz mengambil masa untuk menyiapkan sub modul 3.1.1 iaitu Sulaman Brick Stitch dengan dibimbing oleh Cikgu Safwa.