Lokasi : RuangKreasi, R-2-5 D'Sara Sentral Jalan Welfare Kampung Baru Sungai Buloh, Seksyen U19, 40160 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan
Objektif Aktiviti : Tujuan aktiviti diadakan adalah untuk membuka ruang kepada mahasiswa-mahasiswa UiTM Shah Alam yang hadir disini untuk menghasilkan produk kraftangan sendiri dengan bimbingan para tenaga pengajar di RuangKreasi.
Selain itu, RuangKreasi juga memberi peluang kepada mereka untuk merasai sendiri pengalaman dalam jahitan kraftangan dengan menggunakan bahan-bahan terpakai (upcycle).
Butiran Aktiviti : Pada permulaan aktiviti, para pelajar diberi tunjuk ajar terlebih dahulu cara pengendalian mesin jahit portable yang betul. Seterusnya, diikuti dengan proses menjahit kraftangan melalui langkah demi langkah sehingga terhasilnya dua jenis produk yang berlainan iaitu coin purse dan clutch bag.