Lokasi : RuangKreasi, R-2-5 D'Sara Sentral Jalan Welfare Kampung Baru Sungai Buloh, Seksyen U19, 40160 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan
Objektif Aktiviti : 1. Mengenalpasti fungsi dan kelebihan Organizer Bag
2. Belajar langkah untuk menjahit Organizer Bag
3. Mengikut pola yang telah disediakan
4. Mengeratkan hubungan antara pelajar dan cikgu
Butiran Aktiviti : Organizer Bag adalah sebuah beg yang sesuai untuk seseorang yang memerlukan banyak barang ditangan tetapi tidak mahu membawa beg yang besar. Organizer beg ini bersaiz sederhana dan mempunyai banyak ruang untuk menyimpan barang. Organizer Bag ini telah disediakan pola nya terlebih dahulu oleh tenaga pengajar di RuangKreasi bagi memudahkan pelajar menjahit. Cikgu Bedah yang merupakan seorang komuniti yang berjaya menjadi tenaga pengajar di RuangKreasi telah menjalankan tugasnya dengan mengajar pelajar yang lain untuk menjahit Organizer Bag. Pelajar yang lain juga dapat mendengar arahan Cikgu Bedah dengan baik dan masing masing dapat menyiapkan Organizer Bag mereka.