Lokasi : RuangKreasi, R-2-5 D Sara Sentral, Jalan Welfare Kampung Baru, Sungai Buloh, Seksyen U19, 40160 Shah Alam, Selangor
Objektif Aktiviti : Komuniti pada hari ini diajar bagaimana menghasilkan bag yng boleh digayakan dengan pelbagai cara. Sebelum ini mereka zero basic sekarang mereka semakin mahir. Jom ikuti kami di ruangkreasi shah alam untuk memperkasa kemahiran anda.
Butiran Aktiviti : Kelas belajar cara menjahit kraftangan Drawstring Bag bermula pada 10 pagi, 28 November 2023 dan berakhir pada 4 petang. Kelas dihadiri oleh komuniti Ruangkreasi Sesi 1 dan kelas berjalan dengan lancar dan baik kerana dipimpin oleh tenaga pengajar Ruangkreasi; Cikgu Mai, Cikgu Fatin dan Puan Athirah. Semua pelajar berjaya menyiapkan drawstring bag masing masing dengan pelbagai warna yang cantik mengikut pilihan warna sendiri.