Lokasi : RuangKreasi, R-2-5 D'Sara Sentral Jalan Welfare Kampung Baru Sungai Buloh, Seksyen U19, 40160 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan
Objektif Aktiviti : 1. Jamuan makan untuk menyambut bulan puasa
2. Berkumpul secara beramai ramai untuk menikmati juadah dan bergembira
3. Untuk merapatkan hubungan silaturahim antara pelajar RuangKreasi yang berlainan sesi
Butiran Aktiviti : Majlis Menyambut Bulan Puasa berjalan dengan baik dan semua orang gembira. Jamuan bermula pada pukul 10:00 pagi dan berakhir sekitar 12:00 tengah hari. Jamuan telah diadakan di RuangKreasi, D'Sara Sentral. Menu utama pada jamuan ini adalah nasi minyak, ayam masak merah, daging masak kicap, dalca, acar ikan masin, dan beberapa kuih muih yang dimasak sendiri oleh Puan Athirah. Beberapa pelajar juga telah membawa makanan sendiri untuk dikongsi bersama dengan semua.