Lokasi : RuangKreasi, R-2-5 D'Sara Sentral Jalan Welfare Kampung Baru Sungai Buloh, Seksyen U19, 40160 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan
Objektif Aktiviti : 1. Pengenalan kepada Komuniti RuangKreasi
2. Mempelajari asas jahitan
3. Mempelajari cara menjahit mini backpack
Butiran Aktiviti : Pada minggu ke-2 dalam bulan Februari ini adalah kelas pertama untuk Sesi 3 Komuniti RuangKreasi. Awal permulaan kelas ini kebanyakkannya menerangkan mengenai kelebihan RuangKreasi dan pendaftaran sebagai komuniti RuangKreasi di laman sesawang kami, mykreasi.com. Selepas itu bermulalah pembelajaran tentang asas jahitan, yang diajar oleh tenaga pengajar yang baru iaitu Cikgu Aida Suzana yang merupakan salah seorang komuniti yang berjaya menjadi tenaga pengajar di RuangKreasi. Kelas pada hari pertama ini mengajar pelajar menjahit Mini Backpack atau lebih dikenali sebagai Coin Pouch Bag.