Lokasi : RuangKreasi, R-2-5 D'Sara Sentral Jalan Welfare Kampung Baru Sungai Buloh, Seksyen U19, 40160 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan
Objektif Aktiviti : 1. Mengenalpasti fungsi dan kelebihan Organizer Bag
2. Belajar langkah untuk menjahit Organizer Bag
3. Mengikut pola yang telah disediakan
4. Mengeratkan hubungan antara pelajar dan cikgu
Butiran Aktiviti : Organizer Bag adalah beg yang sesuai untuk seseorang yang memerlukan banyak barang di tangan tetapi tidak mahu membawa beg besar. Organizer Bag ini bersaiz sederhana dan mempunyai banyak ruang untuk menyimpan barang. Pola Organizer Bag ini telah disediakan lebih awal oleh tenaga pengajar di RuangKreasi bagi memudahkan pelajar menjahit. Cikgu Bedah yang merupakan tenaga pengajar komuniti yang berjaya di RuangKreasi telah menjalankan tugasnya dengan mengajar pelajar dari Sesi 3 RuangKreasi menjahit Organizer Bag. Pelajar Sesi 3 ini dapat mendengar arahan Cikgu Bedah dengan baik dan masing-masing dapat menyediakan Organizer Bag masing-masing.