Lokasi : RuangKreasi, R-2-5 D'Sara Sentral Jalan Welfare Kampung Baru Sungai Buloh, Seksyen U19, 40160 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan
Objektif Aktiviti : 1. Menjahit Totebag Culture
2. Menjahit Soft Toys Kucing Tie & Dye
Butiran Aktiviti : Pada 15 - 17 Mei 2024, komuniti ruangkreasi telah menjahit Totebag Culture iaitu totebag yang bercorakkan makanan tradisional Malaysia dan Borneo. Corak yang disediakan adalah nasi lemak, ketupat, laksa sarawak, dan kek batik sarawak. Komuniti yang hadir dipecahkan kepada beberapa tugasan seperti menjahit zip, menjahit bahagian tepi totebeg, menjahit sisi totebeg, dan menjahit pemegang totebag. Soft Toys Kucing pula dijahit dengan kain belacu yang telah dicorakkan dengan seni tie & dye. Produk yang dihasilkan ini akan dipromosikan di Pasar Seni, Kuala Lumpur bersempena tema Budaya Tradisional Malaysia dan Borneo.