Lokasi : RuangKreasi, R-2-5 D'Sara Sentral Jalan Welfare Kampung Baru Sungai Buloh, Seksyen U19, 40160 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan
Objektif Aktiviti : 1. Mengumpul komuniti RuangKreasi untuk menjahit Mini Pouch Bag di Craft Production Day
2. Menjahit 4 ke 5 mini pouch setiap seorang
3. Menggunakan kain terpakai untuk menjahit Mini Pouch Bag
Butiran Aktiviti : Craft Production Day telah berjalan pada 20 Jun untuk menjahit Mini Pouch Bag bersama sama komuniti RuangKreasi dengan menggunakan kain belacu yang terpakai. Komuniti RuangKreasi yang telah hadir ialah Puan Faridah dan Puan Mastura dari Sesi 4, Puan Rafidah dari sesi 3, dan yang terakhir Puan Zubidah dari sesi 1. Craft Production Day ini dikendalikan oleh tenaga pengajar kita iaitu Cikgu Mai dan Cikgu Fatin yang memimpin komuniti dari mula pada jam 10.00 page sehinggalah tamat pada 5.00 petang. Setiap komuniti ruangkreasi berjaya menjahit sekurang-kurangnya 3 Mini Pouch Bag pada hari tersebut.