Lokasi : RuangKreasi, R-2-5 D'Sara Sentral Jalan Welfare Kampung Baru Sungai Buloh, Seksyen U19, 40160 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan
Objektif Aktiviti : 1. Modul 2.1 Bunga Poppy
2. Modul 2.2 Bunga Raya
Butiran Aktiviti : Hari kedua pada minggu pertama kelas seni kawat bulu bersama Cikgu Fatin. Kelas pada hari khamis ini mempelajari Modul 2 iaitu Bunga Popi dan Bunga Raya. Bunga Popi atau nama lain bunga Madat adalah sejenis tumbuhan herba yang digunakan untuk tujuan ubat-ubatan dan makanan tetapi lebih menjadi tanaman hiasan pada masa kini kerana mempunyai bunga yang cantik dan berwarna warni. Bunga kedua pada kelas pada hari kedua ini ialah bunga Raya pula atau nama lain Hibiscus yang merupakan bunga kebangsaan kita kerana kecantikan kelopaknya yang berwarna merah yang sangat cantik.