Alteration, Pakaian Kanak Kanak, Kraftangan, Mainan Lembut Plushie, Pakaian Wanita
Melangkah Maju dengan Inovasi Magic Sleeve
Meskipun telah lama menjalankan bisnes mengambil pelbagai jenis tempahan baju pelanggan, namun usaha untuk terus berjaya tidak berhenti begitu sahaja. Bermula di bawah RuangKreasi, skil kemahiran semakin berkembang dan hasrat untuk menjadi tenaga pengajar turut tercapai selain berpeluang untuk menambahkan sumber pendapatan dengan membuat "Alteration". Kisah kejayaan Cik Maisarah semakin bersinar apabila beliau berjaya mencipta jenama tersendiri yang dikenali sebagai "MAGiC SLEEVES by Harashee".
MAGiC SLEEVES adalah inovasi yang luar biasa di mana lengan baju ini boleh digayakan dengan pelbagai jenis pakaian. MAGiC SLEEVES dihasilkan daripada lebihan kain langsir atau kain langsir terpakai yang lebih fokus kepada fabrik voile dan kain lut sinar. Inovasi ini menawarkan penyelesaian pantas untuk kelihatan lebih menarik kerana MAGiC SLEEVES menggunakan konsep "Button and Wear". Lengan baju ini akan menjadikan pakaian anda lebih menarik dan boleh disesuaikan mengikut acara yang sesuai dengan pilihan MAGiC SLEEVES anda.
Kini, usaha gigih Cik Siti Maisarah membuahkan hasil apabila MAGiC SLEEVES berjaya membuat jualan pertama baru-baru ini di sebuah kiosk di AmCorp Mall. Kejayaan ini bukan sahaja meningkatkan keyakinan beliau tetapi juga membuka peluang lebih luas untuk memperkenalkan inovasi ini kepada pasaran yang lebih besar. Dengan kreativiti dan dedikasi yang tidak pernah pudar, Cik Siti Maisarah terus mengorak langkah untuk menjadi ikon inspirasi dalam industri fesyen.