History of Baju Kebaya
Sejarah Baju Kebaya
Baju Kebaya ialah pakaian tradisional yang dipakai oleh kaum wanita di Malaysia, Indonesia, Singapura dan Brunei. Ianya juga merupakan salah satu warisan fesyen yang menjadi pilihan masyarakat Malaysia sejak dari tahun 1900-an. Sehingga kini, pakaian tradisional Kebaya ini paling digemari untuk digayakan sempena hari perayaan dan hari kebangsaan. Baju Kebaya diperbuat daripada kain kasa yang dipasangkan dengan kain batik atau songket dengan motif warna-warni.
Asal Usul Baju Kebaya
Do you know the origin of Baju Kebaya? Traditional Kebaya dress is believed to originate from Arab countries where Arab traders have brought and introduced this clothing fashion to the archipelago since hundreds of years ago. Baju Kebaya or known as Abaya in Arabic later spread to Malacca, Java, Sumatra, Bali, and Sulawesi. The result of cultural assimilation over the past hundreds of years has caused this dress to be accepted by the local population.
Sebelum tahun 1600 di Pulau Jawa, baju Kebaya hanya boleh dipakai oleh kaum wanita dari golongan atasan atau keluarga kerajaan sahaja. Ketika Pulau Jawa dijajah oleh Belanda, pakaian ini kemudiannya dipakai oleh wanita-wanita Eropah sebagai pakaian rasmi.
Fesyen baju Kebaya sering berubah-ubah mengikut tempat, pada asalnya baju Kebaya hanya daripada tenunan mori menggunakan sutera, kini baju kebaya lebih menarik dengan sulaman berwarna-warni. Pakaian tradisional ini tidak lapuk ditelan zaman kerana sehingga kini baju kebaya digunakan sebagai pakaian rasmi dan banyak digunakan dalam industri penghotelan, penerbangan, dan pelancongan.
Alunan Lagu Merdu Irama,
Nikmati Bersama Kopi Secangkir,
Kini Makin Berdebar Rasanya,
Masa Dinanti Sudah Semakin Hampir.