Sejarah Kurung Kedah

Kurung Kedah History

sejarah kurung kedah
Jahitan

Sejarah Kurung Kedah

Baju Kurung Kedah sememangnya digemari ramai wanita di Malaysia serta negera-negara jiran seperti Indonesia, Singapuran dan Brunei. Pada zaman moden ini, baju Kurung Kedah sering kali dilihat pada waktu perayaan, upacara, majlis dan sebagainya. Baju Kurung Kedah ini merupakan salah satu warisan tradisional yang ditinggalkan generasi dahulu sejak berzaman.

Asal usul Baju Kurung Kedah ini dipercayai berasal dari Selatan Thai kerana negeri Kedah terletak bersempadan dengan Thailand. Fesyen Kurung Kedah ini mula diperkenalkan oleh Sultanah Kedah iaitu Wan Hajar Wan Ismail atau lebih dikenali sebagai Mak Wan Besar. Busana ini khususnya untuk golongan bangsawan dan orang besar istana sahaja tetapi lama-kelamaan pakaian ini dijadikan sebagai pakaian harian. Hal ini kerana Baju Kurung Kedah mempunyai potongan yang pendek dan longgar dan sangat sesuai dijadikan pakaian harian. Golongan wanita khususnya golongan berusia sehingga kini lebih gemar mengenakan baju Kurung Kedah kerana pemakaiannya yang mudah dan selesa.

Ciri-ciri Baju Kurung Kedah

Baju Kurung Kedah menggunakan kain cita atau kapas yang berbunga kecil dan kain kasa nipis yang jarang dan keras. Kurung Kedah pada asasnya kelihatan seakan-akan baju kurung Johor tetapi baju ini tidak mempunyai kekek dan pesak. Baju Kurung Kedah boleh disifatkan sebagai pakaian harian seperti pakaian basahan, pakaian mengerjakan sawah dan sebagainya. Pakaian ini mempunyai potongan labuh yang singkat sehingga ke paras punggung dan sangat sesuai dipakai dengan kain batik atau kain pelikat. Potongan di lengan juga singkat dan mempunyai ukuran tiga suku lengan dan lebar tangan lebih luas daripada baju kurung yang lain. Bahagian leher baju kurung ini pula berbentuk bulat dan sedikit terbuka di bahagian hadapan tanpa kancing baju.

Gadis Jelita, Jejaka Tampan,

Molek Sungguh Disatukan,

Ini Hari Munculnya Jawapan,

Syukran, Atas Kalian Punya Kesetiaan.

Tinggalkan pandangan anda di sini

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

ms_MYBahasa Melayu

Anda seorang
ibu bapa tunggal ?
a student ? underprivileged community ?

Ingin membina
kemahiran baru atau
menjana pendapatan tambahan ?

Komuniti Rakan KREASI B40 menawarkan anda cara dan sokongan untuk berjaya!