FAQ New
24 November 2023 2024-09-02 14:32FAQ New
- Bagaimana Kami Boleh Membantu Anda
Bolehkah saya mengubah alamat penerima selepas pesanan diletakkan ?
>> Anda boleh menghubungi pegawai khidmat pelanggan kami untuk tindakan lanjut. Jika boleh anda perlu terus menghubungi sebelum kami membungkus barang pesanan anda.
Apakah yang akan terjadi jika pesanan saya hilang atau dicuri ?
>> Anda boleh melaporkan pada pegawai khidmat pelanggan kami untuk tindakan lanjut.
Bolehkah saya edit atau membatalkan selepas membuat pesanan ?
>> Maaf. Semua pesanan tidak boleh diubah selepas membuat pesanan atau membuat pembayaran.
Parcel Tracking
>> Butiran Parcel Tracking hanya akan tersedia selepas pengumpulan bungkusan oleh pihak syarikat kurier.
Cash On Delivery
>> Kami juga menawarkan pembayaran tunai semasa penghantaran (COD) untuk penghantaran di dalam Malaysia. Harap maklum bahawa perkhidmatan COD bergantung pada ketersediaan perkhidmatan COD yang disediakan oleh syarikat kurier yang dilantik.
>> Penerima bertanggungjawab untuk bersetuju dengan kaedah penghantaran apabila penerima dihubungi oleh kurier dan untuk membayar sepenuhnya untuk produk semasa penghantaran.
>> Kaedah pembayaran : Pembayaran tunai semasa penghantaran
Cas Penghantaran
>> Caj penghantaran akan dikenakan berdasarkan pada lokasi alamat penghantaran pelanggan.
>> Semenanjung: RM 9.00
>> Sabah & Sarawak : RM 15.00
Penghantaran akan dilakukan di kawasan mana ?
>> Penghantaran dilakukan di seluruh semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak.
Berapa lama masa yang akan diambil untuk pesanan sampai ?
>> Ia bergantung pada kawasan pelanggan dan jumlah pesanan yang ada pada hari tersebut. Jika penerima tidak tersedia pada masa penghantaran, penyedia perkhidmatan kurier akan mencuba percubaan penghantaran kedua atau ketiga (tertakluk kepada syarikat kurier yang dilantik). Sekiranya tiada maklum balas daripada penerima selepas percubaan kedua atau ketiga, barang akan dikembalikan kepada pengirim.
Bilakah penghantaran akan dilakukan ?
>> Penghantaran hanya dilakukan pada hari bekerja sahaja (easyparcel)
Had minimum pesanan ?
>> Tiada had untuk pesanan. Namun begitu, kos penghantaran akan berubah mengikut jumlah berat pesanan (tertakluk kepada syarikat kurier yang dilantik)
Bagaimana untuk mendaftar sebagai pelajar MyKREASI Komuniti B40 ?
Apakah kelayakan untuk mendaftar sebagai pelajar MyKREASI Komuniti B40 ?
>> Pelajar haruslah dari golongan individu sasar B40, dan tapisan akan dijalankan sekiranya ramai pelajar yang mendaftar untuk suatu sesi tersebut.
KATEGORI | PENDAPATAN KELUARGA |
B40 - KELAS B1 B40 - KELAS B2 B40 - KELAS B3 B40 - KELAS B4 | Kurang dari RM 2500 RM 2501 - RM 3170 RM 3171 - RM 3970 RM 3971 - RM 4850 |
Berapa lama proses untuk pendaftaran sebagai pelajar MyKREASI Komuniti B40 diluluskan ?
>> Pendaftaran akan diluluskan dalam tempoh 1 ke 3 hari bekerja.
Berapa lama tempoh pembelajaran sebagai pelajar MyKREASI Komuniti B40 ?
>> Pelajar akan menjalani kelas pembelajaran selama 2 ke 3 bulan.
Apakah ada pilihan untuk menghadiri kelas secara online ?
>> Ya, terdapat pilihan untuk kelas secara online dan offline mengikut kategori yang dipilih untuk pembelajaran.
Sekiranya layak, adakah perlu membuat sebarang bayaran ?
>> Ya, bayaran serendah RM60 sebulan akan dikenakan sebagai Yuran Komitmen. Pembayaran boleh dibuat secara cash atau transfer selepas kelas bermula.
Bagaimana untuk mendaftar sebagai tenaga pengajar MyKREASI ?
>> Anda boleh mendaftar sebagai Tenaga pengajar diruang menu “Tentang kami” mengikut terma dan syarat yang telah ditetapkan.
>> Anda berpeluang menjadi tenaga pengajar kami setelah anda tamat menjadi pelajar kami mengikut kelayakkan yang telah ditetapkan.