Tentang Kami

Platform Pembelajaran Kemahiran

Berdasarkan Inovasi

tentang kami di kreasi

Bermula disini

MyKreasi merupakan platform digital kemahiran pertama di Malaysia yang menjadikan INOVASI sebagai tunjang utama.

MyKreasi juga sebuah platform digital yang bukan hanya fokus kepada penggemar kemahiran tangan malah juga fokus kepada B40 komuniti yang tiada peluang untuk mendalami dan meningkatkan ilmu dalam pembangunan kemahiran. Sebagai Satu platform online yang boleh digunakan agensi kerajaan dan swasta membantu dan menggalak komuniti B40 menggunakan kemahiran sebagai sumber meningkatkan taraf hidup.

MyKreasi juga satu platform digital kemahiran yang memperkasakan komuniti kurang berkemampuan dan sekaligus menjadikan kemahiran sebagai sumber pendapatan untuk pertumbuhan ekonomi yang pesat.

Sesuai dengan slogan MyKreasi, MEMPERKASA KEMAHIRAN KOMUNITI atau EMPOWERING COMMUNITY SKILLS.

Visi dan Misi MyKreasi

VISI kami adalah untuk membentuk perusahaan sosial yang mampan melalui teknologi dan pengetahuan kemahiran bagi pemerkasaaan individu dalam menangani cabaran sosial dan alam sekitar.

MISI kami adalah berdasarkan 5 aspek penting iaitu:

  1. Latihan dan Pendidikan Kemahiran
    ~Menyediakan program latihan dan pendidikan kemahiran yang boleh diakses dan berpatutan.
    ~Melengkapkan individu dengan pengetahuan dan kebolehan yang diperlukan untuk berkembang maju dalam pasaran pekerjaan.
  2. Pembangunan Peribadi dan Profesional
    ~Memberi tumpuan untuk memupuk pertumbuhan peribadi dan profesional individu.
    ~Membantu mereka meningkatkan keyakinan, kemahiran komunikasi, kebolehan menyelesaikan masalah dan kecekapan penting yang lain bukan sahaja dalam kemahiran malah perniagaan.
  3. Penempatan Pekerjaan dan Sokongan Kerjaya
    ~Membantu individu dalam mencari peluang pekerjaan
  4. Kerjasama dan Perkongsian
    ~Berusaha untuk bekerjasama dengan majikan, institusi pendidikan, agensi kerajaan dan pihak berkepentingan lain.
    ~Mewujudkan program pembangunan kemahiran yang komprehensif dan memberi impak yang selaras dengan keperluan dan trend industri.
  5. Kesan Sosial dan Pemerkasaan
    ~Memberi impak sosial yang positif dengan memperkasakan individu melalui pembangunan kemahiran.
    ~Membolehkan mereka mengatasi halangan, meningkatkan status sosio-ekonomi mereka, dan menyumbang kepada kesejahteraan keluarga dan komuniti mereka.

mykreasi.com

ms_MYBahasa Melayu

Anda seorang
ibu bapa tunggal ?
a student ? underprivileged community ?

Ingin membina
kemahiran baru atau
menjana pendapatan tambahan ?

Komuniti Rakan KREASI B40 menawarkan anda cara dan sokongan untuk berjaya!